Skip to main content

Dunia

Majoriti rakyat AS kini tolak tindakan ketenteraan ke atas Iran - Tinjauan

PEOPLE HOLDING SIGNS DURING PROTEST AS POLICE OFFICERS LOOK ON
Tinjauan membabitkan 1,507 pengundi berdaftar menunjukkan hanya 30 peratus responden menyokong tindakan ketenteraan AS terhadap Iran, manakala 64 peratus menyatakan bantahan. -Gambar fail/Reuters

WASHINGTON: Sokongan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap bantuan ketenteraan kepada Israel serta penglibatan negara itu dalam konflik dengan Iran dilaporkan semakin merosot, menurut satu tinjauan pendapat terbaharu, lapor Al Jazeera.

Tinjauan yang dijalankan bersama oleh akhbar The New York Times dan Siena College membabitkan 1,507 pengundi berdaftar menunjukkan hanya 30 peratus responden menyokong tindakan ketenteraan AS terhadap Iran, manakala 64 peratus menyatakan bantahan.

Selain itu, 57 peratus responden menentang penyaluran bantuan ketenteraan AS kepada Israel, berbanding 37 peratus yang menyokong langkah tersebut.

Sebagai perbandingan, tinjauan oleh Quinnipiac University pada November 2023 merekodkan lebih 51 peratus pengundi AS ketika itu menyokong penghantaran bantuan ketenteraan tambahan kepada Israel.

Dapatan terbaharu ini muncul ketika pentadbiran Presiden Donald Trump berdepan tekanan politik domestik, dengan kadar kelulusan menurun kepada 37 peratus susulan kesan ekonomi dan bantahan terhadap konflik di Asia Barat.

 

Must Watch Video

Advertisement