awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makanan laut tempatan dihidang di kafeteria Pejabat Presiden Korea Selatan

Bernama
Bernama
27/08/2023
12:17 MYT
Makanan laut tempatan dihidang di kafeteria Pejabat Presiden Korea Selatan
Ia sebagai tindak balas kepada kebimbangan mengenai penurunan pengambilan makanan laut selepas Jepun melepaskan air radioaktif daripada loji nuklear Fukushima yang musnah. - AP
SEOUL: Pejabat Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Ahad berkata makanan laut tempatan akan dihidangkan di kafeteria dalam premis itu selama seminggu mulai Isnin.
Ia sebagai tindak balas kepada kebimbangan mengenai penurunan pengambilan makanan laut selepas Jepun melepaskan air radioaktif daripada loji nuklear Fukushima yang musnah.
Bermula dengan hirisan ikan mentah dan ikan tenggiri bakar pada Isnin, pelbagai jenis makanan laut akan dihidangkan sepanjang minggu, termasuk ikan potong rebus, 'conch salad', 'bibimbap' nanas laut dan belut tumis dengan nasi, lapor Agensi Berita Yonhap menurut pejabat itu.
"Ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengambil makanan laut tempatan yang selamat tanpa perlu bimbang," menurut pejabat itu dalam satu kenyataan, sambil menambah makanan laut tempatan akan dihidangkan di kafeteria lebih daripada dua kali sebulan walaupun selepas minggu ini.
Pelepasan air terawat Fukushima dikhuatiri akan memberi kesan kepada pengambilan makanan laut tempatan akibat kebimbangan keselamatan, walaupun kerajaan telah mengatakan bahawa pembuangan tersebut tidak akan membawa risiko kesihatan selagi ia dilakukan secara saintifik dengan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#makanan laut
#air sisa nuklear
#loji Fukushima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan