awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maklumkan Israel jika jalin hubungan cinta di Tebing Barat

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2022
00:45 MYT
Maklumkan Israel jika jalin hubungan cinta di Tebing Barat
Warga asing perlu memberitahu pihak berkuasa Israel jika mereka menjalin hubungan cinta dengan penduduk di Tebing Barat. - Foto Getty Images/Sinar Harian
BAITULMAQDIS: Warga-warga asing yang memasuki Tebing Barat perlu membuat pengisytiharan kepada pihak berkuasa Israel jika mereka menjalinkan hubungan romantik dengan penduduk Palestin di Tebing Barat.
Menurut BBC News, jika pasangan itu memutuskan untuk berkahwin mereka perlu keluar dari Tebing Barat selepas 27 bulan berkahwin.
Tindakan kontroversi itu adalah sebahagian daripada peraturan yang diketatkan ke atas warga asing yang tinggal di wilayah Palestin yang dijajah Israel tersebut.
Menurut akhbar Times of Israel, peraturan itu dijangka dikuatkuasakan pada hari ini.
Peraturan baharu itu telah digubal oleh COGAT iaitu sebuah badan Kementerian Pertahanan Israel yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sivil Palestin.
Di bawah peraturan untuk lanjutan visa, warga asing yang berkahwin dengan warga Palestin dan merancang untuk berkahwin dengan seseorang atau menjalin hubungan dengan seseorang, mereka mesti memberitahu pihak COGAT. - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Israel
#warga asing di Tebing Barat
#hubungan cinta
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan