awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bincang isu penculikan dengan Indonesia dan Filipina - Kementerian Luar

Astro Awani
Astro Awani
04/05/2016
05:27 MYT
Malaysia bincang isu penculikan dengan Indonesia dan Filipina - Kementerian Luar
Kementerian Luar memaklumkan, Malaysia akan membincangkan usaha-usaha bagi insiden penculikan dengan Indonesia dan Filipina dalam satu mesyuarat di Jogjakarta pada Khamis. - Gambar fail
Malaysia akan membincangkan usaha-usaha bagi insiden penculikan dengan Indonesia dan Filipina dalam satu mesyuarat di Jogjakarta, Khamis ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Luar memaklumkan, ia merupakan usaha untuk mengukuhkan kerjasama dan koordinasi dalam meningkatkan keselamatan maritim di perairan ketiga-tiga negara.
"Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri dan Panglima-Panglima Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia dan Filipina yang akan diadakan di Jogjakarta, Indonesia pada 5 Mei 2016.
"Penyertaan Anifah adalah di atas jemputan daripada Menteri Luar Negeri Indonesia, Retno L.P Marsudi," jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan Indonesia dan Filipina bagi memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan wilayah tersebut dan rantau ini.
Beberapa insiden penculikan berlaku di perairan negara, antaranya empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lanun bersenjata di perairan Semporna, Sabah ketika dalam pelayaran balik dari Filipina ke Malaysia pada awal April.
Keempat-empat lelaki berumur 21 hingga 34 tahun itu bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama 'Masfive 6' dan ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.
Topic Berkaitan
#culik
#Filipina
#Indonesia
#Kementerian Luar
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan