DUNIA
Malaysia gesa ASEAN bina rantaian bekalan semikonduktor bersepadu

Liew berkata kekuatan ASEAN terletak pada perpaduan, disokong oleh lokasi strategik, tenaga kerja berdedikasi, inovasi kukuh dan keupayaan pembuatan serta ekonomi digital yang semakin berkembang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan rakan kongsi ASEAN dan menerusi pelaburan bersama, perkongsian penyelidikan dan perkongsian pengetahuan untuk menjadikan cita-cita serantau menjadi kenyataan, kata Timbalan Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Ringkasan AI
- Malaysia komited bekerjasama dengan rakan ASEAN melalui pelaburan bersama, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan untuk membangunkan rantaian bekalan semikonduktor serantau, selaras dengan peranan sebagai pengerusi ASEAN 2025.
- Malaysia menyasarkan peralihan daripada pembuatan sumber luar kepada penciptaan teknologi tempatan, dengan matlamat melahirkan syarikat multinasional semikonduktor dari Malaysia dan ASEAN yang berdaya saing global.
- Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) menyasarkan penubuhan 10 syarikat teknologi Malaysia dengan pendapatan tahunan US$1 bilion dan 100 syarikat berkaitan semikonduktor dengan pendapatan tahunan RM1 bilion, sebagai langkah menjadikan Malaysia hab global semikonduktor.
Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun ini, salah satu daripada Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) utamanya ialah pembangunan Rangka Kerja ASEAN untuk Rantaian Bekalan Semikonduktor Bersepadu, disasarkan siap sebelum Malaysia menyerahkan jawatan pengerusi ASEAN.
Selain itu, beliau berkata ekosistem semikonduktor canggih Malaysia berada pada kedudukan baik untuk beralih daripada pembuatan sumber luar iaitu "dibuat di Malaysia" kepada penekanan baharu - "Buatan Malaysia": penciptaan teknologi Malaysia, kata Liew.
Malaysia menyasarkan lebih banyak syarikat tempatan berkembang menjadi syarikat multinasional (MNC), menginovasi teknologi untuk dunia.
"Selain itu, bersama-sama syarikat dari rantau ASEAN, membina rantaian nilai yang mampan dan berdaya tahan. Dasar kita harus menjurus ke arah mewujudkan MNC semikonduktor Malaysia, Singapura dan ASEAN pada masa depan," katanya.
Malaysia sekali lagi mengulangi komitmennya tahun lepas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), dasar berani dan berpandangan jauh, menyasarkan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab global bagu inovasi semikonduktor, kecemerlangan pembuatan dan pembangunan bakat.
NSS bermatlamat mewujudkan 10 syarikat teknologi Malaysia dengan pendapatan tahunan sebanyak US$1 bilion setiap satu dan 100 lagi syarikat tempatan berkaitan semikonduktor dengan pendapatan tahunan RM1 bilion, kata Liew.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami