INTERNATIONAL
Malaysia gesa WTO laksana pembaharuan untuk kekal relevan dalam sistem perdagangan global

Tengku Zafrul menyatakan bahawa Malaysia menyambut baik usaha pembaharuan WTO yang akan dibincangkan lebih mendalam pada Persidangan Menteri-Menteri WTO ke-14 di Cameroon tahun depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mempertingkatkan peranannya dalam membantu negara membangun dan kurang membangun, selain melakukan pembaharuan agar terus relevan dalam sistem perdagangan global.
Ringkasan AI
- Malaysia menggesa WTO mempertingkatkan peranannya dalam membantu negara membangun dan kurang membangun serta melakukan pembaharuan agar terus relevan dalam sistem perdagangan global.
- Tengku Zafrul menyatakan bahawa Malaysia menyambut baik usaha pembaharuan WTO yang akan dibincangkan lebih mendalam pada Persidangan Menteri-Menteri WTO ke-14 di Cameroon tahun depan.
- Tengku Zafrul menekankan kepentingan prinsip multilateralisme dalam perdagangan global dan menyatakan bahawa Malaysia diwakili oleh Duta Tetap ke WTO dalam membincangkan hala tuju dan reformasi organisasi tersebut.
Beliau berkata Malaysia menyambut baik usaha pembaharuan WTO yang dijangka dibincangkan secara lebih mendalam pada Persidangan Menteri-Menteri WTO ke-14 (MC14) di Cameroon yang akan berlangsung tahun depan.
Pada pertemuan itu juga, Tengku Zafrul turut menekankan kepentingan prinsip multilateralisme iaitu persefahaman pelbagai hala dari segi perdagangan global, bukan unilateralisme.
Menurut beliau, Malaysia diwakili oleh Duta Tetap ke WTO dalam membincangkan mengenai hala tuju dan reformasi organisasi itu bersama negara-negara anggota lain.
"Kita pun ada ambassador dari WTO yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang akan membincangkan bagaimana kita nak pastikan WTO ini kekal relevan dan terus membantu semua negara," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami