awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk serangan pengganas di lapangan terbang Kabul

Bernama
Bernama
27/08/2021
16:16 MYT
Malaysia kutuk serangan pengganas di lapangan terbang Kabul
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas pada Khamis lepas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul. - Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas pada Khamis lepas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan yang menyebabkan banyak orang kehilangan nyawa dan cedera.
Kenyataan Kementerian Luar memaklumkan serangan itu hanya akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang telah sedia teruk di Afghanistan.
"Malaysia menggesa semua pihak yang berkenaan agar mengutamakan keselamatan dan perlindungan orang awam termasuk mereka yang ingin meninggalkan negara itu.
"Malaysia memuji peranan yang dimainkan oleh komuniti dan organisasi antarabangsa dalam memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan di Afghanistan termasuk golongan rentan seperti wanita, kanak-kanak dan minoriti," menurut kenyataan itu.
Menurut kementerian itu, Malaysia akan terus menyokong usaha ke arah mencari jalan damai serta penyelesaian yang berkekalan demi kepentingan Afghanistan dan rakyatnya.
"Kerajaan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi takziah dan simpati kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka yang cedera cepat sembuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#lapangan terbang Kabul
#Malaysia
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan