awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand

Shafizan Johari
Shafizan Johari
05/07/2024
09:23 MYT
Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand
Kerajaan amat yakin terhadap keupayaan Mohd Rabin untuk merealisasikan misi dengan baik, berkesan dan mampu mencapai dampak yang positif. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai 2024.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkata, kerajaan amat yakin terhadap keupayaan Mohd Rabin untuk merealisasikan misi dengan baik, berkesan dan mampu mencapai dampak yang positif serta signifikan kepada Proses Dialog Damai Selatan Thailand.
“Diharapkan juga agar Mohd Rabin akan dapat memainkan peranan lebih efektif serta konstruktif dalam mempercepatkan usaha ke arah mewujudkan persekitaran aman dan damai di Wilayah Sempadan Selatan Thailand," kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu juga turut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan Jeneral Prof. Tan Sri Panglima (B) Zulkifli Zainal Abidin, yang menamatkan tugas sebagai fasilitator itu pada 30 Jun 2024.
“Jeneral Prof. Zulkifli akan meneruskan tanggungjawab serta komitmen sebagai Penasihat /Fasilitator Proses Damai Mindanao," kata kenyataan itu.
Proses Dialog Damai Selatan Thailand kini sedang berjalan, menyaksikan peranan Malaysia sebagai fasilitator.
Zulkifli pada 25 Jun lalu mengumumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) bersetuju dengan jangka masa tentatif untuk memuktamadkan Pelan Komprehensif Bersama ke arah Perdamaian (JCPP).
Ia merangkumi tiga isu substantif melibatkan pemberhentian permusuhan dan pengurangan persengketaan, konsultasi awam dan perbincangan ke arah merealisasikan penyelesaian politik.
Zulkifli juga yakin bahawa proses ini akan membuka jalan untuk pengesahan JCPP pada penghujung September 2024.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#selatan thailand
#fasilitator baharu
#dialog damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan