PHNOM PENH: Malaysia berpandangan Myanmar adalah sebuah negara jiran serta negara ASEAN yang dihargai, dan mahu melihat negara itu pulih seperti sedia kala dan mengikut Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri berkata Malaysia juga mahu Myanmar terus mencapai kemajuan demi kebaikan rakyatnya agar negara itu berada dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera.
"Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC) adalah sangat penting. Ini merupakan hala tuju kita bersama dalam menangani situasi di Myanmar. Semua pihak seharusnya bersama-sama berusaha untuk melaksanakan ASEAN 5PC dengan berkesan dan menyeluruh.
"Walaupun begitu, tanggungjawab utama dalam hal ini terletak kepada pemerintahan di Myanmar. Mereka juga adalah sebahagian daripada Konsensus ini," kata perdana menteri pada sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techno Hun Sen selepas pertemuan empat mata kedua-dua pemimpin itu di Peace Palace di sini hari ini.
"Saya turut menggariskan pentingnya perkembangan positif dapat dilihat dalam menangani isu Rohingya. Saya berkongsi dengan Perdana Menteri Hun Sen cabaran yang dihadapi oleh negara-negara penerima pelarian termasuk Malaysia, disebabkan oleh kemasukan pelarian Rohingya dan lain-lain dari Myanmar," tambah perdana menteri.
Menurut Ismail Sabri, Malaysia akan terus menyokong usaha-usaha Kemboja sebagai Pengerusi ASEAN, serta Utusan Khas Pengerusi ASEAN berkenaan Myanmar dalam menangani situasi di Myanmar dengan berkesan.
Katanya Hun Sen memahami cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh Malaysia dalam menempatkan secara sementara pelarian-pelarian tersebut.
"Dalam hal ini, repatriasi pelarian-pelarian ini ke Myanmar secara selamat dan bermaruah perlu dilaksanakan," katanya.
Mengenai perbincangan beliau dengan Hun Sen berkenaan isu Laut China Selatan, Ismail Sabri berkata Malaysia berpendirian supaya Laut China Selatan kekal menjadi kawasan aman dan stabil, serta selamat untuk perdagangan.
"Apa-apa isu yang timbul perlu kita tangani secara rasional, aman dan konstruktif, mengikut prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara sejagat, termasuklah UNCLOS 1982 (Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut)," katanya.
Selain itu, Ismail Sabri berkata beliau dan rakan sejawatnya turut bersetuju bahawa pertukaran lawatan peringkat tertinggi dan semua peringkat perlu ditingkatkan bagi mengukuhkan lagi keakraban hubungan persahabatan dan saling memahami serta menghargai antara kedua-dua negara.
"Pertukaran lawatan akan membuka lebih banyak peluang dalam pertumbuhan kerjasama pelbagai dimensi - misalnya dalam pembangunan sumber manusia, infrastruktur, perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain," katanya.
Menurut Ismail Sabri Malaysia juga berminat untuk terus bekerjasama dengan Kemboja bagi menyokong usaha-usaha pembangunan belia di kedua-dua negara, terutama dalam bidang keusahawanan.
Bagi tujuan itu katanya telah wujud satu Memorandum Persefahaman antara MRANTI (Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation - dahulunya dikenali sebagai MaGIC) dengan Impact Hub Phnom Penh, Kemboja.
Mengenai Kemboja selaku pengerusi ASEAN 2022, Ismail Sabri berkata Malaysia akan terus memberikan sokongan padu dan kerjasama erat kepada negara berkenaan.
"Saya yakin Kemboja akan melaksanakan Kepengerusian ASEAN tahun ini dengan cemerlang. Kita dijangka akan terus berdepan dengan pelbagai cabaran pada tahun 2022 ini, antaranya disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan lain-lain isu serantau yang rumit. Kesepaduan dan Kepaksian ASEAN adalah paling utama.
"Ingin saya bangkitkan juga, pentingnya menjaga kredibiliti ASEAN. Malaysia akan meneruskan usaha sama dengan Kemboja untuk menjaga keamanan dan kestabilan, serta kemakmuran rantau kita di persada dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Ismail Sabri berkata Malaysia juga mahu Myanmar terus mencapai kemajuan demi kebaikan rakyatnya. - Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.