Skip to main content

Sukan

Meja bulat MFL: Ini butiran penuh fail dari TMJ

Stadium Astro
Dalam laporan ini, Tunku Ismail mendedahkan masalah semasa yang dialami kebanyakan kelab termasuk melibatkan hak penyiaran, persaingan hak sukan di Malaysia, kos operasi dan pengagihan sumber yang tidak mencukupi. - Foto Astro ARENA

ADA cadangan yang dikemukakan Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam usaha untuk mengembalikan bola sepak kepada rakyat.

Saranan ini dibawa sendiri oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), yang hadir ke sidang meja bulat melibatkan badan penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersama wakil pasukan Liga Super dua hari lalu.

Advertisement

Peminat tempatan mula tertanya-tanya apakah butiran fail yang diserahkan kepada semua rakan kongsi Liga Super termasuk pengelola liga utama negara itu.

Dan, persoalan itu terjawab tatkala Pemangku Sultan Johor itu mula mendedahkan perincian di laman Instagram miliknya.

"Satu penyelesaian berasaskan fakta, bukan teori," katanya pada fail tersebut.

Dalam laporan setebal lima muka surat itu, Tunku Ismail mendedahkan masalah semasa yang dialami kebanyakan kelab melibatkan hak penyiaran, persaingan hak sukan di Malaysia, kos operasi, pengagihan sumber yang tidak mencukupi serta hubungan rapat peminat terhadap pasukan.

Dalam masa sama, baginda juga menyediakan beberapa langkah mengatasi isu tersebut demi kestabilan kelab yang bertanding, sekali gus mengekalkan persaingan sihat antara satu sama lain.

Berikut merupakan perkongsian secara ringkas daripada peminat tempatan terhadap modul dari TMJ:

"Saya ada penyelesaian untuk menyelamatkan liga tetapi saya rasa semua boleh tengok sendiri dalam fail dan kemudian buatlah keputusan sepatutnya," kata TMJ dalam sidang berkenaan seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Tidak semestinya anda perlu bersetuju kerana ia hanyalah cadangan.

"Ini adalah berkenaan model yang terus kepada peminat, dana akan mengalir ke pasukan secara langsung, tiada orang tengah.

"Itu adalah salah satu cara daripada peminat. Ia akan memastikan kewangan yang lebih bebas untuk masa depan.

"Nak sangat bagi bola kat rakyat, jom kita bagi bola kat rakyat, jadi lepas ni tiada lagi alasan."

Must Watch Video