DOHA: Malaysia dan Qatar secara rasmi bersetuju untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 sesama kedua-dua negara dalam usaha pemulihan pasca pandemik virus itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kedua-dua negara juga bersetuju mengintegrasikan aplikasi MySejahtera (Malaysia) dan Ehteraz (Qatar).
"Saya akan meminta Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mengambil tindakan susulan berhubung dengan pengiktirafan sijil vaksinasi dan integrasi aplikasi MySejahtera dan Ehteraz Qatar," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang akhbar dengan media Malaysia di akhir lawatan rasmi tiga harinya ke Qatar hari ini.
Beliau berkata persetujuan itu dicapai pada pertemuannya dengan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani selepas majlis sambutan rasmi di Amiri Diwan pagi tadi.
Ismail Sabri berkata beliau turut berterima kasih kepada Qatar yang telah memberikan kemudahan vaksinasi percuma kepada lebih 4,500 orang rakyat Malaysia yang bermastautin di Qatar, sebagaimana vaksinasi percuma yang diberikan kepada rakyat Qatar di Malaysia.
Katanya mekanisme kerjasama dua hala ini pastinya memudahkan perjalanan pengembara antara kedua-dua negara.
"Bermula 1 April apabila pintu sempadan negara dibuka, Malaysia pastinya mengalu-alukan pelancong dari Qatar," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata beliau dan Amir Qatar telah turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu hubungan Malaysia dan Qatar yang telah terjalin selama 48 tahun sejak 1974.
"Dalam usaha memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kami bersetuju untuk meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tertinggi antara Malaysia dan Qatar.
"Di kesempatan ini, saya telah mengundang Sheikh Tamim untuk mengadakan lawatan ke Malaysia," katanya.
Ismail Sabri tiba di Doha pada Sabtu. Ini merupakan lawatan julung kali Ismail Sabri ke Qatar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Ogos tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Ismail Sabri berkata beliau turut berterima kasih kepada Qatar yang telah memberikan kemudahan vaksinasi percuma kepada lebih 4,500 orang rakyat Malaysia yang bermastautin di Qatar. - Gambar/ Bernama
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.