awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sambut baik rangka perjanjian program senjata nuklear Iran

Bernama
Bernama
08/04/2015
02:27 MYT
Malaysia sambut baik rangka perjanjian program senjata nuklear Iran
Malaysia menyambut baik rangka perjanjian berhubung program senjata nuklear Iran yang dimuktamadkan antara negara-negara P51. - Gambar Fail
Malaysia menyambut baik rangka perjanjian berhubung program senjata nuklear Iran yang dimuktamadkan antara negara-negara P5+1 (China, Perancis, Rusia, UK, US dan Jerman) dengan Iran pada 2 April 2015 di Lausanne, Switzerland.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Wisma Putra berkata persetujuan yang terhasil melalui rangka perjanjian tersebut merupakan pencapaian yang penting dalam usaha mempromosikan keamanan, keselamatan dan kestabilan dunia.
Selain itu komitmen serta fleksibiliti yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam mencapai persetujuan awal tersebut merupakan langkah yang positif ke arah keselamatan nuklear, terutamanya setelah mengambilkira proses rundingan yang panjang dan rumit semenjak tahun 2006.
Malaysia juga yakin bahawa perjanjian yang terhasil akan menyumbang kepada usaha untuk menghapuskan ancaman senjata pemusnah besar-besaran, dan berharap agar ianya akan membuka ruang untuk kedua-dua pihak meneruskan usaha ke arah penyelesaian jangka panjang yang komprehensif.
Topic Berkaitan
#Iran
#Malaysia
#nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan