Malaysia mengulangi komitmen meneruskan usaha mewujudkan dunia bebas senjata nuklear bagi memastikan keselamatan dan masa depan yang terjamin untuk generasi akan datang.
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff berkata ia masih realiti yang menyedihkan bahawa pelucutan senjata nuklear yang menjadi agenda utama masyarakat antarabangsa, masih jauh untuk direalisasikan.
"Kekurangan keazaman politik akan terus membantutkan usaha untuk mencapai persetujuan dan hasil produktif dalam pelbagai mekanisme khusus ke arah pelucutan senjata," katanya.
Hussein berkata demikian ketika berucap pada Perbahasan Umum Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung PBB sesi ke-69 di New York pada Rabu.
Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini pada Khamis.
Justeru, beliau berkata keperluan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai ancaman senjata nuklear kepada manusia adalah penting.
"Pada tempoh ini sama ada penggubalan dasar pelucutan senjata telah dijalankan atau tidak dijalankan, mungkin sudah tiba masanya kita memberi perhatian yang lebih kepada saranan masyarakat sivil dan mempertimbang perspektif baharu dan pendekatan inovatif.
"Dengan menambah pihak berkepentingan dalam usaha pelucutan senjata, mungkin wujud lebih banyak peluang bagi kita untuk mencapai hasrat konseptual dan perubahan sikap," katanya.
Hussein berkata komitmen Malaysia untuk mewujudkan dunia bebas daripada senjata nuklear, telah mengukuhkan penyertaannya dalam Persidangan Pelucutan Senjata (CD), forum rundingan multilateral mengenai pelucutan senjata oleh masyarakat antarabangsa.
Selaku presiden akhir CD pada tahun ini, beliau berkata Malaysia akan membentangkan laporan dan draf resolusi CD kepada Jawatankuasa Pertama semasa kluster mekanisme pelucutan senjata dan berharap dapat menerima pakai resolusi konsensus seperti tahun-tahun sebelumnya.
Beliau berkata Malaysia juga percaya adalah penting Negara Senjata Nuklear (NWS) memberi jaminan tanpa syarat terhadap penggunaan atau ancaman penggunaan senjata nuklear.
"Oleh itu dan bersama-sama dengan negara jiran Asean kita, Malaysia berharap dapat menandatangani Protokol kepada Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara secepat yang mungkin," katanya.
Hussein berkata saranan untuk perjanjian pengharaman nuklear juga berkait dengan naratif berterusan mengenai kesan kemanusiaan terhadap senjata nuklear.
"Malaysia dengan tegas berpegang kepada pendekatan ini dan kami digalakkan oleh momentum yang dilihat semakin mendapat pengiktirafan dalam usaha ini," katanya.
Bernama
Fri Oct 10 2014
HUSSEIN: Keperluan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai ancaman senjata nuklear kepada manusia adalah penting.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur, jejaki pasaran serantau
Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi GMM 20 berada pada 755.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 716 sen sekilogram.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang
MOSTI akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.
Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini
Trafik penumpang udara berkembang 16.1 peratus kepada 22.6 juta penumpang pada suku pertama tahun ini selepas dipacu oleh trafik udara antarabangsa.
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Lima dimasukkan ke hospital di Terengganu kerana cuaca panas
Anggota tentera antara lima individu yang dimasukkan ke hospital susulan cuaca panas yang melanda Terengganu sepanjang April lalu.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft untuk Malaysia
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bersua muka dengan Ketua Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, di ibu negara, bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI Microsoft, serta peluang yang terbuka demi kemakmuran ekonomi negara ini.
AWANI Ringkas: JAKIM buka talian khas terima aduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada semakan selepas 13 tahun: Kenaikan gaji penjawat awam wajar, munasabah dan adil - Sim
Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan Anwar bersempena dengan Hari Pekerja semalam adalah wajar dan munasabah, mengambil kira peningkatan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Menangis di depan Kaabah walaupun hakikatnya kami buta - OKU penglihatan
"Walaupun kami tak nampak, apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain."
Malaysia ulangi komitmen wujudkan dunia bebas senjata nuklear
Malaysia mengulangi komitmen meneruskan usaha mewujudkan dunia bebas senjata nuklear bagi memastikan keselamatan dan masa depan yang terjamin.