awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia undi berkecuali gantung keahlian Rusia dalam MHAM

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2022
12:00 MYT
Malaysia undi berkecuali gantung keahlian Rusia dalam MHAM
Malaysia menekankan bahawa keputusan yang penting seperti penggantungan ahli MHAM tidak boleh diambil secara terburuburu dan perlu diberikan masa untuk dibincangkan. - Gambar/ Facebook Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Malaysia bersama 57 negara memutuskan untuk mengundi berkecuali terhadap penggantungan keanggotaan Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, undian tersebut dijalankan dalam Sesi Khas Ke-11 Perhimpunan Agung PBB, yang disambung semula pada 7 April 2022.
Menerusi undian tersebut, 93 negara menyokong, 24 negara menentang, manakala 18 negara lagi mengambil keputusan untuk tidak mengundi.
Malaysia menekankan bahawa keputusan yang penting seperti penggantungan ahli MHAM tidak boleh diambil secara terburu–buru dan perlu diberikan masa untuk dibincangkan.
"Malaysia juga berpendapat bahawa Suruhanjaya Siasatan, yang ditubuhkan oleh MHAM pada Mac 2022, perlu diberikan masa untuk menjalankan siasatan dan membentangkan penemuannya terlebih dahulu bagi mengesahkan sebarang dakwaan mengenai pelanggaran hak asasi manusia dan undang–undang kemanusian yang berlaku secara teruk dan sistematik di kawasan konflik tersebut," kata kenyataan itu.
Peraturan Prosedur PBB menetapkan bahawa Perhimpunan Agung PBB boleh menggantung keahlian mana-mana ahli MHAM yang melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang teruk dan sistematik dengan sokongan majoriti dua pertiga negara anggota PBB yang hadir dan mengundi.
Topic Berkaitan
#PBB
#Rusia
#Majlis Hak Asasi Manusia
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan