awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik

Bernama
Bernama
19/02/2025
20:30 MYT
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives. - Gambar fail
COLOMBO: Ekspatriat yang menetap di Maldives yang gagal memberikan data biometrik untuk Operasi Kurangi, kempen di seluruh negara yang dilancarkan tahun lepas untuk mengumpul data biometrik, akan menghadapi pengusiran, lapor PSM News pada Rabu, menurut Xinhua.
Operasi Kurangi, yang dilancarkan pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives, menurut laporan itu.
Sebagai sebahagian daripada operasi, cap jari pekerja asing direkodkan dan pemeriksaan dijalankan untuk memastikan mereka bekerja di Maldives mengikut peraturan yang ditetapkan.
Data yang dikumpulkan di seluruh Maldives melalui majlis pulau dan atol akan disusun dalam satu pangkalan data berpusat, menurut PSM.
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Teknologi, yang mengetuai operasi itu, menetapkan tarikh akhir bagi penyelesaian pendaftaran biometrik untuk semua warga asing yang bekerja di negara itu pada 20 April 2025, dengan memberi amaran bahawa pekerja asing yang gagal menyerahkan maklumat dalam tempoh itu akan diusir.
Setakat ini, data biometrik 52,495 warga asing telah dikumpulkan sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, lapor PSM News. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maldives
#data biometrik
#Ekspatriat
#pengusiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan