awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa korban banjir Bangladesh meningkat kepada 73 orang

Bernama
Bernama
25/06/2022
05:17 MYT
Mangsa korban banjir Bangladesh meningkat kepada 73 orang
Banjir yang semakin buruk itu telah menjejaskan 13 daerah di Bangladesh, memusnahkan banyak kawasan pertanian dan menjejaskan kehidupan berjuta-juta orang. - AP
DHAKA: Jumlah kematian akibat banjir di Bangladesh meningkat kepada 73 orang dengan lima orang dilaporkan terkorban dalam tempoh 24 jam lepas, kata pegawai pada Jumaat.
Banjir di beberapa bahagian negara itu semakin buruk disebabkan limpahan air besar dari kawasan hulu.
Sebanyak 49 kematian akibat lemas manakala selebihnya maut antaranya disebabkan disambar petir, dipatuk ular, cirit-birit, penyakit kulit dan tanah runtuh.
Banyak kawasan masih ditenggelami air dan berjuta-juta penduduk di kawasan terpencil terkandas termasuk kanak-kanak dan warga emas ketika menunggu untuk mendapatkan barangan bantuan, lapor Agensi Anadolu.
Timbalan Pesuruhjaya Sylhet, Md. Mojibur Rahman berkata kerajaan telah memperuntukkan bantuan mencukupi untuk mereka yang terjejas, sambil menambah disebabkan gangguan komunikasi, beberapa penduduk yang terkandas di kawasan terpencil tidak dapat dihubungi.
Sehingga kini, banjir yang semakin buruk itu telah menjejaskan 13 daerah di Bangladesh, memusnahkan banyak kawasan pertanian dan menjejaskan kehidupan berjuta-juta orang -- kebanyakannya sebelum ini pernah ditimpa banjir besar pada bulan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#banjir
#korban
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan