awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa noda maut bakar diri

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2018
15:17 MYT
Mangsa noda maut bakar diri
Seorang wanita yang menjadi mangsa noda di India meninggal dunia di hospital selepas membakar diri sebagai tanda bantahan terhadap kegagalan polis mengambil tindakan. -Gambar hiasan
Seorang wanita yang menjadi mangsa noda di India meninggal dunia di hospital selepas membakar diri sebagai tanda bantahan terhadap kegagalan polis mengambil tindakan.
Superintenden Polis, S Channappa, berkata terdapat kesilapan daripada pihak polis dan siasatan sedang dijalankan untuk melihat sama ada keluarga wanita berkenaan ditekan supaya tidak membuat laporan.
Wanita berusia 28 tahun itu meninggal dunia semalam di hospital di Shahjahanpur, Uttar Pradesh, akibat kecederaan kritikal setelah membakar dirinya di rumah.
“Tertuduh telah ditahan hari ini dan pegawai polis yang terbabit dalam kes ini turut ditahan sehingga arahan selanjutnya,” kata Channappa.
Mangsa dan suaminya membuat aduan di balai polis pada 23 Ogos lalu, namun pihak polis didakwa enggan mendaftarkan kes dan meminta mereka menyelesaikan perkara itu dengan tertuduh yang tinggal sekampung dengan mereka.
“Aduan perlu didaftarkan segera. Ini adalah kesilapan pihak kami,” katanya.
Topic Berkaitan
#bakar diri
#Channappa
#meninggal dunia
#polis gagal ambil tindakan
#Shahjahanpur
#tanda bantahan
#Uttar Pradesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan