awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa terperangkap terowong di India amalkan yoga, meditasi

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2023
02:10 MYT
Mangsa terperangkap terowong di India amalkan yoga, meditasi
Salah seorang mangsa yang terperangkap di dalam terowong di Silkyara, India. - Foto SDRF via AP
SILKYARA: Terperangkap lebih seminggu di terowong di Himalaya, India, 41 mangsa kekal semangat dan tidak putus asa untuk teruskan kehidupan.
Mereka optimis akan diselamatkan kerana mengamalkan yoga dan meditasi.
Kesemua mangsa mendapat saranan daripada pakar psikiatri, yang dihantar oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kesihatan mental terjaga, lebih-lebih ketika tertekan memikirkan nasib hidup atau mati.
Pakar psikiatri, Abhishek Sharma menambah beliau turut meminta kesemua mangsa lelaki, berjalan dalam radius 2 kilometer di mana mereka terkurung, untuk kerap bercakap sesama sendiri bagi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan sedar.
Walaupun berada dalam keadaan tertekan, disebabkan amalan yoga dan meditasi, mereka juga tidak alami sebarang kesukaran untuk tidur.
Sebelum ini, imej pertama membabitkan 41 lelaki yang terperangkap selama lebih seminggu dalam terowong lebuh raya menunjukkan mereka berhimpit di ruang sempit dan berkomunikasi dengan petugas penyelamat.
Pihak berkuasa berkata, kesemua mangsa terperangkap dalam terowong sepanjang 4.5 kilometer (km) di Uttarakhand sejak ia runtuh pada 12 November lalu.
Mereka semua dalam keadaan selamat dengan mendapat akses kepada cahaya, oksigen, makanan, air dan ubat-ubatan.
Punca sebenar terowong itu runtuh tidak didedahkan, tetapi faktanya, wilayah berkenaan kerap terdedah kepada pelbagai kejadian bencana alam seperti tanah runtuh, gempa bumi dan banjir.
Usaha untuk membawa keluar kesemua mangsa terpaksa diperlahankan ekoran halangan untuk menggerudi melalui serpihan di kawasan pergunungan selain timbul kebimbangan akan ada keruntuhan baharu.
Pengarah Urusan Perbadanan Pembangunan Infrastruktur dan Lebuh Raya Nasional (NHIDCL) yang dikendalikan kerajaan India memberitahu, mangsa berpotensi diselamatkan dalam tempoh 30 hingga 40 jam akan datang.
Mangsa kebanyakannya pekerja bergaji rendah, yang datang dari negeri miskin di utara dan timur India.
Topic Berkaitan
#terperangkap dalam terowong
#yoga
#meditasi
#pakar psikiatri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan