awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid musnah terbakar, polis Victoria percaya kes salah sasaran

Agensi
Agensi
18/05/2016
06:10 MYT
Masjid musnah terbakar, polis Victoria percaya kes salah sasaran
Keadaan bangunan masjid yang musnah dijilat api di Geelong. - Foto sumber Twitter/M Barak Cherguia
Pihak polis sedang menyiasat kes kebakaran yang memusnahkan satu-satunya masjid di bandar Geelong, wilayah Victoria.
Dalam siasatan awal, pihak berkuasa percaya bahawa serangan yang berlaku jam 2.10 pagi itu sebenarnya insiden tersalah sasaran, kerana suatu ketika dahulu bangunan itu merupakan sebuah gereja, lapor ABC.
“Kes ini merupakan siri serangan yang menyasarkan tempat-tempat ibadat di Geelong. Sejak Oktober tahun lalu sudah ada empat kejadian seumpamanya,” ujar pegawai polis Victoria, Graham Bank yang menafikan andaian serangan itu ditujukan kepada masjid berkenaan.
Ketika pasukan bomba dan penyelamat tiba, bangunan yang terletak di Jalan Bostock Avenue, Manifold Heights itu sudah hangus dijilat api.
Beberapa saksi berkata, mereka terdengar bunyi letupan kuat sebelum melihat api menjulang tinggi.
Beberapa penduduk yang tinggal dekat dengan bangunan masjid itu serta-merta meninggalkan rumah masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.
Sheikh Muhammad Saleem daripada Lembaga Imam Victoria berkata, walaupun sedih dengan kejadian itu, beliau sangat terharu apabila komuniti Islam di situ menerima sokongan daripada banyak pihak.
Menurutnya, sejak pagi, pihaknya menerima banyak panggilan telefon daripada pemimpin-pemimpin masyarakat dari sekitar Melbourne dan Geelong yang menyatakan sokongan mereka.
“Saya sangat terharu apabila lelaki dan wanita yang tinggal di sekitar kejiranan ini tampil dan bertanya kepada saya secara peribadi tentang apa yang bioleh mereka lakukan.
“Saya cuma menjawab, ‘marilah kita bersama-sama membinanya semula’,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Australia
#gereja
#Masjid Geelong
#masjid terbakar
#serangan masjid
#Victoria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan