INTERNATIONAL
Masyarakat pelbagai agama terus protes tindakan Trump

Penganut Kristian membawa lilin semasa mengambil bahagian dalam protes menentang keputusan Donald Trump berhubung Baitulmaqdis di Amman, Jordan, 13 Disember, 2017. REUTERS
Masyarakat dunia pelbagai agama terus menyatakan sokongan terhadap isu yang berlaku di Palestin.
Terbaharu, gereja-gereja kristian di Amman, Jordan, menganjurkan perarakan cahaya lilin pada Rabu sebagai tanda protes.
Perarakan turut diadakan sebagai membantah tindakan Presiden Donald Trump yang memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Perarakan disertai hampir seribu warga Jordan.
Hampir separuh daripada penduduk Jordan berasal dari Palestin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami