BANGKOK: Mayat seorang broker hartanah Jerman ditemukan dalam keadaan menyayat hati apabila kepala, anggota badan dan tubuhnya dikerat dan disumbat ke dalam peti sejuk di sebuah rumah sewa di Chon Buri.
Hans Peter Mack, 62, dilaporkan hilang sejak 4 Julai lalu selepas isterinya seorang warga Thailand membuat laporan bahawa suaminya gagal pulang ke rumah selepas menghadiri mesyuarat perniagaan.
Mayat Mack ditemukan dalam plastik sampah dan disumbat ke dalam peti sejuk pada lewat Isnin.
Waran tangkap dikeluarkan ke atas tiga individu pada Selasa - dua rakyat Jerman dan seorang lelaki Pakistan yang memiliki kewarganegaraan Thailand dan didakwa bersubahat dalam kes kecurian dan pembunuhan.
Komander polis Nong Prue Chon Buri Pol Kol Thavee Kudtang berkata, waran tangkap dikeluarkan selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup CCTV.
Beliau berkata seorang daripada suspek dilihat duduk di belakang sebuah trak pikap, bersebelahan peti sejuk beku tempat mayat Mack ditemukan.
"Pegawai penyiasat membuat kesimpulan bahawa tiga suspek terlibat," katanya.
Sementara itu, Superintendan di pejabat polis wilayah Chon Buri Pol Kol Santi Kornkasem berkata seorang daripada suspek menyerah diri pada 3 petang (waktu tempatan) hari ini.
"Suspek menghubungi polis melalui peguamnya. Dia menyerah diri pada 3 petang (waktu tempatan) hari ini," katanya.
Polis turut menemui gergaji elektrik, tali, botol air minuman, soda dan bir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Seorang wartawan mengambil gambar peti sejuk beku, tempat mayat Hans Peter Mack ditemukan. - AP
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Mayat broker hartanah Jerman dikerat, disumbat dalam peti sejuk beku
Hans Peter Mack dilaporkan hilang sejak 4 Julai lalu selepas isterinya membuat laporan bahawa suaminya tidak pulang ke rumah.