INTERNATIONAL
Mayat DJ terkenal Thailand ditemukan dengan kesan tembakan di kepala

DJ Tatae, ditemukan maut dengan tangan terikat dan dua kesan tembakan di kepala di hutan terpencil, empat hari selepas dilaporkan hilang. -Gambar hiasan
KANCHANABURI: Seorang DJ terkenal Thailand ditemukan maut dalam keadaan mengerikan di sebuah hutan terpencil di daerah Muang, di sini, empat hari selepas dilaporkan hilang.
Ringkasan AI
- DJ terkenal Thailand, Waraphong Khunsrijaturong atau DJ Tatae, ditemukan maut dengan tangan terikat dan dua kesan tembakan di kepala di hutan terpencil, empat hari selepas dilaporkan hilang.
- Polis menahan dua suspek dan menyiasat kemungkinan suspek ketiga, dengan motif dipercayai berkaitan konflik cinta; rakaman CCTV menunjukkan mangsa diculik selepas menghadiri majlis hari jadi.
- Siasatan kini tertumpu kepada sebuah kereta hitam yang dirakam menuju ke hutan Kanchanaburi, dan pihak berkuasa berusaha mengenal pasti semua yang terlibat untuk dibawa ke muka pengadilan.
Menurut Ketua Polis Daerah Muang, Kolonel Piyarat Chongcharoen, pihak berkuasa telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam penculikan mangsa.
“Kami sedang menyiasat kemungkinan adanya suspek ketiga yang dipercayai telah menunggu di kawasan kejadian selama dua minggu sebelum pembunuhan berlaku,” katanya.
Rakaman CCTV menunjukkan Waraphong berada dalam keadaan ceria di sebuah majlis hari jadi di sebuah pub sebelum diculik.
Polis percaya dia telah dibawa pergi sekitar jam 3.50 pagi oleh dua lelaki yang menaiki trak pikap putih.
Bapa mangsa, Wichian Khunsrijaturong menyifatkan pembunuhan anaknya sebagai sangat kejam dan berharap keadilan dapat ditegakkan.
“Saya mahu pihak berkuasa menangkap pelaku dan memastikan mereka menerima hukuman setimpal,” katanya.
Siasatan kini tertumpu kepada sebuah kereta hitam yang ditemui di daerah Photharam, Ratchaburi.
Kereta tersebut telah dibersihkan sepenuhnya, tetapi rakaman kamera papan pemuka menunjukkan perjalanan ke dalam hutan Kanchanaburi, kira-kira 20 kilometer dari lokasi penculikan.
Pihak berkuasa masih giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar pembunuhan dan memastikan semua pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami