awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdaya warga emas konon menang loteri, dua warga Indonesia dipenjara dua tahun
MARA santuni asnaf, rai usahawan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun di Perlis
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat kanak-kanak perempuan ditemui dalam tandas

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2018
01:48 MYT
Mayat kanak-kanak perempuan ditemui dalam tandas
Tiga anggota polis cedera dibaling batu oleh penduduk kampung yang marah, selepas mayat kanak-kanak perempuan ditemui di dalam tandas. - Foto Sinar Harian
Tiga anggota polis cedera dibaling batu oleh penduduk kampung yang marah, selepas mayat kanak-kanak perempuan ditemui di dalam tandas Stesen Kereta Api Barapalasi di daerah Dumka petang semalam, kata sumber polis.
Penduduk kampung turut membelasah seorang lelaki yang dilaporkan tinggal di stesen itu untuk beberapa ketika.
Lelaki yang mempunyai masalah mental itu dituduh membunuh mangsa yang berusia dalam lingkungan enam tahun.
Ketika dimaklumkan mengenai insiden itu, satu pasukan polis dari balai polis Jama bergegas ke tempat kejadian dan menyelamatkan lelaki tersebut, yang cedera parah selepas dipukul dengan teruk.
"Penduduk kampung yang tidak berpuas hati, mula membaling batu ke arah polis menyebabkan tiga anggota cedera," kata Superintendan Polis Kaushal Kishore.
Katanya semua anggota polis yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Sadar, di mana mereka diberikan rawatan perubatan, manakala tertuduh dirujuk ke hospital di Dhanbad.
Sementara mayat kanak-kanak perempuan itu telah dihantar untuk bedah siasat.
"Pasukan polis yang mencukupi telah ditempatkan di kawasan itu untuk memantau keadaan dan mengelak rusuhan," kata Kishore.
Topic Berkaitan
#cedera
#Dumka
#India
#kanak-kanak perempuan
#mayat
#polis
#Stesen Kereta Api Barapalasi
#tandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan