awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat penduduk Palestin dicampak tentera Israel dari atap rumah

Agensi
Agensi
19/09/2024
23:00 MYT
Mayat penduduk Palestin dicampak tentera Israel dari atap rumah
Imej tangkap layar menunjukkan tentera Israel mengusung mayat seorang penduduk Palestin sebelum dicampak dari atap rumah ke bawah.
TEBING BARAT: Mayat penduduk Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Zionis dalam serangan di Qabatiya, berhampiran bandar Jenin, Tebing Barat pada Khamis, dicampak dari atap sebuah rumah.
Menurut agensi berita Palestin, WAFA, sebelum kejadian, rejim Zionis mengepung rumah tersebut sebelum naik ke atap dan menembak tiga pemuda Palestin yang berlindung daripada keganasan tentera Israel.
Kesemua mayat mereka kemudian dicampak satu persatu ke bawah.
Mayat-mayat itu kemudian diangkut dengan sebuah jentolak dan kini berada di tangan anggota rejim Zionis.
Menurut agensi itu lagi, rumah tersebut kini dirobohkan Israel sementara empat buah rumah lain di kawasan sama masih dikepung.
Dalam masa sama, 10 penduduk lain dilaporkan cedera dalam insiden serangan tersebut.
Sementara itu, di kawasan sama, seorang penduduk Palestin cedera parah selepas sebuah kenderaannya dibom dalam satu serangan udara dilakukan rejim itu.
Insiden itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya tiga yang lain cedera termasuk seorang kanak-kanak. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#mayat penduduk Palestin
#Israel campak mayat
#rejim Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan