awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

McDonald's tutup 30 peratus cawangan di Jepun kerana masalah mesin daftar tunai

Bernama
Bernama
19/07/2024
11:16 MYT
McDonald's tutup 30 peratus cawangan di Jepun kerana masalah mesin daftar tunai
McDonald's Co (Japan) berkata ia sedang menyiasat punca masalah berkenaan dan tidak jelas bila perkhidmatan dapat disambung semula. - Gambar fail
TOKYO: Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai, kata unit pengendali rangkaian makanan segera Jepun itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.
McDonald's Co (Japan) berkata ia sedang menyiasat punca masalah berkenaan dan tidak jelas bila perkhidmatan dapat disambung semula.
Penutupan itu berlaku ketika beberapa premis McDonald's menggantung pesanan mudah alih melalui aplikasi rasmi rangkaian makanan segera itu di tengah-tengah kemungkinan isu sistem.
Gangguan terbaru itu berikutan gangguan perkhidmatan berskala besar yang menjejaskan cawangan McDonald's di Jepun dan negara lain pada Mac.
Pelanggan tidak dapat menyelesaikan transaksi tanpa tunai atau membuat pesanan mudah alih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesin daftar tunai
#operasi perniagaan terjejas
#Mcdonald's
#Jepun
#gangguan IT global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan