SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura dan Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat mengesahkan 23 individu telah mengalami simptom gastroenteritis selepas mereka menikmati kuih bulan snowskin berperisa durian dari Mdm Ling Bakery.
SFA menurut laporan Straits Times berkata, mereka telah mengarahkan bakeri berkenaan yang beroperasi dari Ang Mo Kio di Republik berkenaan untuk menghentikan penjualan, serta menarik balik kesemua kek bulan tersebut yang telah diedar dan dijual.
Selain itu ia berkata, seorang pesakit telah menerima rawatan di hospital, dan telah dibenarkan keluar, manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar, mengambil ubat-ubatan sendiri, atau sembuh tanpa sebarang rawatan.
“Mereka yang telah membelinya, dinasihatkan supaya tidak memakannya. Bagi mereka yang telah memakan produk itu, dan mempunyai kemusykilan tentang kesihatan mereka, boleh mendapatkan nasihat perubatan,” menurut SFA lagi.
Menurut laporan itu, kuih bulan tersebut dipercayai diimport oleh Mdm Ling Bakery dari Malaysia, dan dijual pada harga SD92 (RM283.09) sekotak, dan dijual di beberapa lokasi di negara itu.
Pemeriksaan pada Jumaat mendapati stor atas talian seperti Takashimaya dan Capitol Singapore telah menarik balik penjualan produk berkenaan.
Sementara itu, Mdm Ling Bakery melalui Facebooknya memohon maaf kepada pelanggan yang telah membeli serta memakan produk tersebut.
Mereka berkata, polisi syarikat mereka sentiasa menitikberatkan kawalan kualiti produk, dan mereka bekerjasama rapat dengan SFA dan Kementerian Kesihatan Singapura bagi menyelesaikan isu terbabit.
"Ingin kami tekankan di sini, pihak kami amat serius dalam aspek standard keselamatan makanan, dan kesejahteraan pelanggan merupakan keutamaan kami.
"Pasukan pengurusan kami kini telah berusaha menghubungi pelanggan yang terkesan serta memerlukan bantuan, dan kami akan terus melakukan tindakan tersebut," menurut Mdm Ling Bakery lagi.
Agensi
Fri Oct 01 2021
SFA menurut laporan Straits Times berkata, mereka telah mengarahkan bakeri berkenaan untuk menghentikan penjualan, serta memanggil balik kesemua kek bulan tersebut yang telah diedar dan dijual. - Foto tangkap layar The Straits Times
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
Mdm Ling Bakery mohon maaf, 23 individu di Singapura keracunan makanan dek kuih bulan dari Malaysia
Kementerian Kesihatan Singapura dan SFA mengesahkan 23 individu telah mengalami simptom gastroenteritis selepas mereka menikmati kuih bulan snowskin berperisa durian dari Mdm Ling Bakery.