Skip to main content

Dunia

Melenchon umum tanding Presiden Perancis 2027

Jean-Luc Melenchon, leader of French far-left opposition party La France Insoumise (France Unbowed - LFI), listens to a speech during a rally against racism at the Mairie de Saint-Denis, called for by the newly elected mayor of Saint-Denis, Bally Bagayoko, in Saint Denis, Paris, April 4, 2026. REUTERS/Tom Nicholson
Ini merupakan percubaan keempatnya selepas bertanding pada 2012, 2017 dan 2022. - Foto REUTERS

PARIS: Pemimpin parti sayap kiri France Unbowed (LFI), Jean‑Luc Melenchon, mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya presiden Perancis 2027, membuka laluan kepada persaingan sengit menentang calon sentris dan sayap kanan.

“Ya, saya calon,” kata Melenchon, 74, kepada stesen TF1.

Advertisement

Ini merupakan percubaan keempatnya selepas bertanding pada 2012, 2017 dan 2022, apabila beliau meraih 22 peratus undi dan hampir layak ke pusingan kedua.

Sokongan terhadap Melenchon meningkat setiap kempen. Pada 2012, beliau memperoleh 11 peratus undi, manakala pada pilihan raya lalu beliau hanya 1.2 mata peratusan di belakang Marine Le Pen.

LFI dikenali sebagai pengkritik lantang Israel dan menyifatkan serangan ke atas Gaza sebagai genosid, selain menggesa penggantungan perjanjian persatuan Kesatuan Eropah–Israel.

Melenchon juga menyokong pendirian Sepanyol terhadap konflik Iran serta memperjuangkan peraturan alam sekitar yang lebih ketat dan cukai lebih tinggi ke atas golongan kaya.

Dengan Presiden Emmanuel Macron tidak layak bertanding semula kerana had penggal, dan Le Pen berdepan isu perundangan, perlumbaan 2027 dilihat terbuka.

Pilihan raya dijadualkan April, dengan pusingan kedua dua minggu kemudian jika tiada calon memperoleh majoriti.
 

Must Watch Video