awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menjelang pelepasan air radioaktif, kebocoran ditemui pada hos di loji Fukushima

Bernama
Bernama
11/08/2023
12:17 MYT
Menjelang pelepasan air radioaktif, kebocoran ditemui pada hos di loji Fukushima
Pihak berkuasa menemui keretakan pada hos berukuran kira-kira empat sentimeter. - Gambar screengrab Reuters
ANKARA: Ketika Jepun meneruskan rancangan kontroversinya untuk melepaskan sisa nuklear yang dirawat ke laut, pihak berkuasa telah mengesan bahan radioaktif "lebih tinggi daripada biasa" dalam air hujan di sekitar tangki simpanan, lapor media tempatan pada Jumaat.
Tokyo Electric Power Company (TEPCO) berkata, kebocoran itu ditemui "dalam hos yang digunakan untuk memindahkan air terawat," Agensi Anadolu memetik penyiar Jepun NHK.
Syarikat itu bagaimanapun menambah: "Air yang bocor kekal di dalam penghadang."
Di tengah-tengah kritikan daripada negara jiran terutamanya China, Jepun bersedia untuk melepaskan air nuklear yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah ke laut beberapa minggu akan datang.
"Seseorang menyebabkan keretakan dengan pisau pemotong semasa mengeluarkan bungkusan di sekeliling hos selepas ia dihantar," kata TEPCO.
Pihak berkuasa menemui keretakan pada hos berukuran kira-kira empat sentimeter.
TEPCO berkata ia "mengesan 33,000 becquerel tritium seliter dalam air hujan yang dikumpulkan daripada benteng yang mengelilingi tangki menyimpan air terawat" pada bulan Jun.
"Memandangkan hos itu juga digunakan untuk memindahkan air terawat dari tangki lain, TEPCO menganalisis air dalam benteng di sekeliling tangki dan mengesan sehingga 67,000 becquerel tritium seliter.
Jumlah itu melebihi 60,000 becquerel, piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Jepun untuk melepaskan tritium ke alam sekitar," kata laporan NHK.
Jepun merancang untuk merawat sisa nuklear untuk "mengurangkan paras tritium kepada kira-kira satu pertujuh daripada garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk kualiti air minuman sebelum melepaskannya ke laut."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji nuklear
#musnah ke laut
#tangki simpanan
#bahan radioaktif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan