Skip to main content

Dunia

Menteri Israel beri amaran tidak akan tunduk desakan AS untuk berundur dari Lubnan

[2/2] Israel's Minister of Social Equality and Diaspora Affairs Amichai Chikli speaks during a rally organised by the Spanish far-right Vox party ahead of the European elections, with various far-right leaders including Argentina's president Javier Milei, in Madrid, Spain, May 19, 2024. REUTERS/Ana Beltran/File Photo Purchase Licensing Rights
Chikli menyuarakan keraguan bahawa Israel akan mengundurkan pasukan ke Garisan Biru, iaitu garisan sempadan tidak rasmi yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di antara Israel dan Lubnan.
Advertisement

BAITULMUQADDIS: Menteri kanan Israel, Amichai Chikli menegaskan rejim itu bersedia menolak sebarang desakan Amerika Syarikat (AS) berhubung pengunduran tentera dari kawasan sempadan Lubnan, lapor Al Jazeera.

Chikli menyuarakan keraguan bahawa Israel akan mengundurkan pasukan ke Garisan Biru, iaitu garisan sempadan tidak rasmi yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di antara Israel dan Lubnan.

“Jika kami kembali ke Garisan Biru, ia akan menjadi satu kegagalan. Saya tidak fikir kami akan berundur.

“Sekiranya perlu, kami tahu bagaimana untuk menyatakan ‘tidak’ kepada Amerika Syarikat,” katanya seperti dipetik stesen Army Radio.

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan diplomatik antara Washington dan Tel Aviv dilaporkan semakin meningkat.

Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump secara terbuka mengkritik Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berhubung operasi ketenteraan di Lubnan, dengan menyifatkan ia telah mengorbankan ramai orang awam.

Dalam masa sama, Iran dilaporkan menegaskan bahawa sebarang perjanjian jangka panjang perlu merangkumi syarat penamatan penuh kehadiran tentera Israel di wilayah selatan Lubnan.

Must Watch Video

Advertisement