Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Polis kesan dua saksi perbicaraan kes dadah

PDRM logo_filepic
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua lelaki berkenaan dimohon menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
Advertisement

BUTTERWORTH: Polis sedang mengesan dua lelaki tempatan yang diperlukan sebagai saksi untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Butterworth bagi perbicaraan kes di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata individu pertama ialah S. Yelengeshan, 32, yang beralamat terakhir di No 9, Lorong Cermai 7, Taman Cermai di Permatang Pauh, dekat sini.

"Lelaki kedua ialah S.Shuijenthiran, 31, yang beralamat terakhir di No 71, Jalan Persiaran Seksyen 2/10 Bandar Putra Bertam di Kepala Batas dekat sini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar berkata pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua lelaki berkenaan menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Syarul Reeza Abdul Rahman di talian 04-576 2222 (sambungan 2345) atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu mengesan mereka.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement