awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Austria angkat sumpah sebagai Canselor sementara

Bernama
Bernama
10/01/2025
23:30 MYT
Menteri Luar Austria angkat sumpah sebagai Canselor sementara
Alexander Schallenberg mengangkat sumpah sebagai Canselor sementara negara itu, pada Jumaat susulan peletakan jawatan Karl Nehammer baru-baru ini. - Gambar Reuters
VIENNA: Menteri Luar Austria, Alexander Schallenberg mengangkat sumpah sebagai Canselor sementara negara itu, pada Jumaat susulan peletakan jawatan Karl Nehammer baru-baru ini, lapor Xinhua.
Schallenberg akan mengetuai kerajaan sementara sambil meneruskan tugasnya sebagai Menteri Luar sehingga kerajaan baharu dibentuk.
Majlis angkat sumpah itu dikendalikan oleh Presiden Austria, Alexander Van der Bellen yang merakamkan penghargaan atas kesediaan Schallenberg memikul tanggungjawab berganda dalam tempoh mencabar ini.
Menurut agensi berita Austria, APA, Schallenberg merancang untuk mengadakan lawatan ke Kesatuan Eropah di Brussels pada awal minggu depan.
Diplomat berusia 55 tahun itu telah berkhidmat sebagai Menteri Luar Austria sejak 2019 dan pernah memegang jawatan Canselor selama kira-kira dua bulan pada 2021 selepas peletakan jawatan bekas Canselor Sebastian Kurz.
Austria kini menghadapi ketidaktentuan politik selepas Nehammer mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Canselor dan Pengerusi Parti Rakyat hujung minggu lepas.
Keputusan itu dibuat susulan kegagalan rundingan pembentukan gabungan antara partinya dengan Parti Sosial Demokratik dan Parti NEOS.
Presiden Van der Bellen pada Isnin memberi mandat kepada Herbert Kickl, Ketua Parti Kebebasan berhaluan kanan, untuk membentuk kerajaan baharu.
Parti Kebebasan memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Parlimen Austria pada September lepas tetapi sebelum ini disisihkan oleh parti lain dalam rundingan gabungan.
Rundingan antara Parti Kebebasan dan Parti Rakyat bermula pada Khamis, namun Nehammer, seorang pengkritik lantang Kickl meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Rakyat sebagai tindak balas.
Walaupun Parti Kebebasan pernah menjadi rakan kongsi junior gabungan, parti itu tidak pernah menerajui Kerajaan Austria. Schallenberg secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan yang diketuai Parti Kebebasan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Schallenberg
#Canselor sementara
#Menteri Luar Austria
#Karl Nehammer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan