awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar baharu Indonesia hadiri Sidang Kemuncak BRICS Plus di Rusia

Bernama
Bernama
22/10/2024
23:20 MYT
Menteri Luar baharu Indonesia hadiri Sidang Kemuncak BRICS Plus di Rusia
Sugiono dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan negara lain untuk membincangkan pelbagai isu serantau dan global. - Foto REUTERS
JAKARTA: Menteri Luar Indonesia Sugiono berlepas ke Kazan, Rusia untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Plus 2024 selama dua hari dari 23 hingga 24 Oktober, hanya sehari selepas pelantikannya.
Sebagai Utusan Khas Presiden Prabowo Subianto, ini menandakan lawatan rasmi pertama Sugiono dalam peranan baharunya, menurut kenyataan kementerian pada Selasa.
Kehadiran beliau di sidang kemuncak itu menggariskan komitmen Indonesia untuk mengambil bahagian secara aktif dalam forum antarabangsa dan mengukuhkan hubungan dengan semua negara, termasuk negara anggota BRICS.
"Pada Sidang Kemuncak BRICS Plus, Indonesia akan menyampaikan mesej penting mengenai keamanan, menekankan kepentingan negara-negara membangun dan Selatan Global bersatu untuk meningkatkan perpaduan dan memainkan peranan penting dalam mewujudkan orde dunia yang lebih inklusif, adil dan saksama," menurut kenyataan itu.
Sugiono, 45, juga dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan negara lain untuk membincangkan pelbagai isu serantau dan global.
Sidang kemuncak BRICS tahun ini yang diadakan di bawah tema, "BRICS dan Global South: Joint Building of a Better World", telah menjemput anggota BRICS, negara bukan anggota dan organisasi antarabangsa seperti Commonwealth of Independent States, Shanghai Cooperation Organization dan Eurasian Economic Commission.
Organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan untuk menangani isu global semasa, baru-baru ini telah berkembang dengan kemasukan Emiriah Arab Bersatu, Iran, Mesir dan Ethiopia, menjadikan keanggotaannya kepada sembilan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sugiono
#Sidang Kemuncak BRICS Plus
#utusan khas
#Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan