Skip to main content

Dunia

Menteri Luar China Qin Gang dipecat - Laporan

81690292176_QinGang.jpg
BEIJING: Menteri Luar China Qin Gang dikatakan telah dilucutkan daripada jawatannya dalam satu undian oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan CCTV.

Bagaimanapun, belum ada penjelasan rasmi mengenai perkara itu.

Penyandang jawatan itu, Wang Yi akan memegang jawatan itu semula.

Qin tidak kelihatan di khalayak ramai selama sebulan, mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai keberadaannya.

Jurucakap Kementerian Luar sebelum ini mendakwa beliau tidak sihat.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video