Skip to main content

Malaysia

Pukul warga emas hingga maut, tiga individu direman enam hari

Reman sehingga 18 Nov depan terhadap ketiga-tiga individu berusia berusia 28 hingga 34 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Reman sehingga 18 Nov depan terhadap ketiga-tiga individu berusia berusia 28 hingga 34 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Advertisement

SEREMBAN: Seorang lelaki dan dua wanita direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai dipukul sehingga maut di sebuah rumah di sini. 

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman berkata reman sehingga 18 Nov depan terhadap ketiga-tiga individu berusia berusia 28 hingga 34 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata kesemua individu berkenaan mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa yang berusia lingkungan 60-an.

Advertisement

Beliau berkata polis menerima laporan berkenaan video tular menerusi TikTok memaparkan seorang lelaki warga emas berusia 60-an didapati didera oleh beberapa individu dan telah meninggal dunia pada 4 Nov. 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement