Skip to main content

Dunia

Menteri Luar Iran hargai solidariti Asia Tenggara

81750978634_AbbasAraghchi.jpg
Araghchi turut menegaskan bahawa solidariti antarabangsa, khususnya dari negara-negara Asia Tenggara, menjadi simbol sokongan terhadap perjuangan Iran. - Foto fail/AP

TEHRAN: Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri sambil merakamkan penghargaan kepada negara dan masyarakat di Asia Tenggara yang menunjukkan solidariti terhadap Iran.

Dalam hantaran di platform X, beliau mengucapkan terima kasih kepada pemerintah serta masyarakat Muslim dan pencinta keadilan di Indonesia, Malaysia dan Brunei yang lantang mengecam tindakan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.

Advertisement

 

 

Menurut Araghchi, sokongan tersebut dizahirkan khususnya ketika bulan Ramadan, yang disifatkan sebagai tempoh mencabar bagi rakyat Iran susulan konflik yang sedang berlangsung.

Beliau turut menegaskan bahawa solidariti antarabangsa, khususnya dari negara-negara Asia Tenggara, menjadi simbol sokongan terhadap perjuangan Iran dalam menghadapi tekanan geopolitik ketika ini.

Hantaran itu dilihat mencerminkan usaha Tehran untuk mengukuhkan sokongan moral dan diplomatik daripada negara-negara majoriti Muslim di rantau ini di tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

 

 

Must Watch Video