Skip to main content

Dunia

Menteri Luar Malaysia, Pakistan bincang situasi di Palestin

PM Pakistan
Mohamad dan Dar membincangkan situasi di Palestin menerusi perbualan telefon pada Khamis. - Foto X Kementerian Luar Pakistan
Advertisement

HYDERABAD: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar membincangkan situasi di Palestin menerusi perbualan telefon pada Khamis.

“Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk Palestin, khususnya situasi di Baitulmuqaddis Timur,” menurut Kementerian Luar Pakistan dalam hantaran di platform X.

Dar turut menegaskan komitmen Pakistan untuk terus bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam urusan dua hala dan pelbagai hala.

Menteri Luar Pakistan itu sejak kebelakangan ini giat mengadakan perbualan telefon dengan beberapa rakan sejawatnya dari negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), susulan cadangan Jordan supaya satu mesyuarat negara Arab dan Islam diadakan bagi membincangkan situasi genting di Palestin ketika serangan Israel dan keganasan pelampau Zionis semakin meningkat.

 

 

Pada Khamis, Dar turut mengadakan perbualan dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan Al Saud bagi bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, termasuk perkembangan terkini di Laut Merah dan Bab al-Mandeb.

“Kedua-dua pihak menyambut baik cadangan Jordan untuk mengadakan mesyuarat negara Arab dan Islam bagi membincangkan situasi genting di Palestin, khususnya di Baitulmuqaddis Timur. Mereka turut bersetuju untuk terus berhubung rapat,” menurut kementerian itu dalam hantaran berasingan.

 

 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement