Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan menurut jejak Menteri Kanan Emeritus, Goh Chok Tong dengan bersara daripada politik menjelang pilihan raya umum (PRU) republik itu bulan depan.
Khaw, 67, yang juga Menteri Penyelarasan bagi Infrastruktur republik itu, telah memaklumkan tentang persaraannya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Dalam kemas kini terbaharu laman Facebooknya, Lee berkata beliau telah menyampaikan surat perpisahan kepada Khaw, seorang lagi rakan seperjuangan rapatnya.
"Beliau berada dalam Kabinet saya sejak awal dan dengan rasa sedih saya menerima persaraan beliau menjelang PRU ini," kata Lee dalam hantaran itu.
Menurut Perdana Menteri Singapura itu, Khaw yang menyertai politik pada 2001 memberi sumbangan besar kepada negara tersebut.
"Beliau meninggalkan tanggapan yang mendalam dalam kalangan mereka yang pernah bekerja dengannya termasuk saya sendiri selaku sahabat baik.
"Malah, Boon Wan yang mencadangkan kepada saya pada 2012 agar berjinak-jinak dengan media sosial. Tanpa cadangan beliau, anda mungkin tidak dapat membaca catatan ini dalam laman FB saya," kata Lee.
Lee yang turut mengiktiraf peranan Khaw dalam beberapa kementerian juga berkata tiada tugas yang menggentarkan Khaw.
"Beliau berada di Kementerian Kesihatan ketika penularan SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk). Pengalaman berharga semasa SARS menyediakan kita untuk menangani COVID-19," kata Lee.
Lee berkata selaku Menteri Pengangkutan, disusuli sebagai Menteri Penyelarasan bagi Infrastruktur, Khaw mengendalikan antara cabaran terbesar beliau iaitu kebolehpercayaan sistem MRT.
Dalam surat perpisahannya, Lee mengetengahkan peranan Khaw dalam memuktamadkan rundingan berkaitan projek Sistem Rapid Transit Johor Bahru-Singapura dan Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura.
Bagi pihak seluruh warga Singapura, Lee mengucapkan terima kasih kepada Khaw atas semua yang telah dilakukannya dan mendoakan kesihatan yang baik serta mengucapkan selamat berehat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020
Selaku Menteri Pengangkutan, disusuli sebagai Menteri Penyelarasan bagi Infrastruktur, Khaw mengendalikan antara cabaran terbesar beliau iaitu kebolehpercayaan sistem MRT.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Menteri Pengangkutan Singapura bersara daripada politik menjelang PRU 2020
Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan menuruti jejak Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong dengan bersara daripada politik menjelang pilihan raya umum (PRU) republik itu bulan depan.
Singapura tangguh projek T5 Lapangan Terbang Changi selama 2 tahun
Merujuk kepada unjuran penganalisis, Khaw berkata, trafik udara akan kembali dalam tempoh dua hingga lima tahun.
Malaysia, Singapura meterai perjanjian tambahan gantung pembinaan Projek Laluan RTS
Malaysia akan membayar balik sebanyak RM2 juta kepada Singapura pada 31 Julai, 2019, sebagai kos kegagalan yang ditanggung akibat daripada penggantungan selama enam bulan.
Projek RTS Link JB-Singapura tidak berjalan lancar - Menteri Singapura
Beliau berkata Perjanjian Dua Hala RTS Link (BA) yang dimeterai Singapura dan Malaysia pada Januari 2018, telah menetapkan beberapa perkara penting bagi menjejaki perkembangan projek tersebut.
Menteri Pengangkutan Malaysia-Singapura bertemu pada 24 Jan
Selain isu berkaitan ruang udara di Pasir Gudang, turut dibincangkan ialah ruang dan peluang untuk Firefly mendapatkan lebih slot penerbangan melalui Lapangan Terbang Seletar.
Kata Singapura ILS tidak timbulkan risiko keselamatan di Pelabuhan Pasir Gudang
Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan menegaskan bahawa rancangan Singapura untuk memperkenalkan sistem ILS untuk Lapangan Terbang Seletar tidak akan menimbulkan sebarang risiko keselamatan.
Malaysia dan Singapura seperti kembar - Tun Mahathir
Menurut Dr Mahathir, seperti kebanyakan negara, perbezaan dan persaingan akan berlaku. Bagaimanapun, ia akan membantu perkembangan yang lebih pesat.
Isu HSR hampir selesai - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini berada di negara berkenaan bertemu dengan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dalam satu mesyuarat hari ini.
Singapura akan kenakan caj jalan raya sempadan Malaysia
Singapura akan mengenakan caj jalan raya sepadan dengan kadar Malaysia pada RM20 bersamaan S$6.50 yang dilaksana sejak 1 Nov lepas, lapor Channel NewsAsia hari ini.