awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Sukan Perancis berenang di Sungai Seine menjelang Sukan Olimpik Paris

Bernama
Bernama
13/07/2024
15:30 MYT
Menteri Sukan Perancis berenang di Sungai Seine menjelang Sukan Olimpik Paris
Mengenakan pakaian renang, Oudea-Castera berenang bersama atlet para-triatlon Perancis, Alexis Hanquinquant. - Foto AP
PARIS: Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera, berenang di Sungai Seine pada Sabtu - kurang dua minggu sebelum bermulanya Sukan Olimpik Paris, lokasi di mana atlet triatlon dan perenang air terbuka akan bertanding dalam acara mereka di sungai itu.
Mengenakan pakaian renang, Oudea-Castera berenang bersama atlet para-triatlon Perancis, Alexis Hanquinquant.
Acara itu berlangsung berhampiran Pont Alexandre III di mana acara renang triatlon Olimpik akan diadakan, dan acara renang air terbuka juga akan berlangsung di situ semasa temasya sukan dunia dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Oudea-Castera berenang sehari selepas bandar raya itu memaklumkan bahawa kualiti air Sungai Seine cukup baik untuk menganjurkan acara Olimpik yang dirancang dalam enam dari tujuh hari terakhir.
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, juga merancang untuk berenang di Sungai Seine pada Rabu, dan begitu juga Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Hidalgo pada mulanya ingin melakukan renangan pada 23 Jun tetapi kualiti air pada masa itu dianggap tidak cukup baik.
Hujan lebat di Paris dan kawasan hulu merupakan sebab utama masalah kualiti air.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Menteri Sukan Perancis
#Amelie Oudea-Castera
#berenang di Sungai Seine
#Sukan Olimpik Paris 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan