awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri wanita Jepun didakwa guna dana politik untuk bermekap

Agensi
Agensi
16/10/2014
07:21 MYT
Menteri wanita Jepun didakwa guna dana politik untuk bermekap
Obuchi ibu kepada dua anak itu, bulan lalu dilantik oleh perdana menteri Shinzo Abe untuk memegang portfolio ekonomi, perdagangan dan industri. - Foto AFP
Seorang ahli politik popular dan berpotensi untuk menjawat jawatan perdana menteri Jepun satu hari nanti, Yuko Obuchi mencetuskan kontroversi di negara itu apabila dikritik hebat ekoran dakwaan dia menggunakan wang derma politik untuk tujuan bermekap.
Satu dakwaan yang memberi tamparan hebat kepada kebangkitan ahli politik wanita di negara matahari terbit itu.
Obuchi ibu kepada dua anak itu, bulan lalu dilantik oleh perdana menteri Shinzo Abe untuk memegang portfolio ekonomi, perdagangan dan industri, yang pertama buat menteri wanita.
Akhbar Mainichi Shimbun berkata sepanjang lima tahun sebelum 2012, badan yang menjaga dana politik Obuchi telah berbelanja tidak kurang dari 10 juta yen (RM304,000) untuk perkara yang tiada kaitan dengan politik termasuk membeli belah kosmetik dan eksesori buat dirinya.
Badan itu juga membelanjakan 3.6 juta yen buat sebuah butik yang diusahakan oleh iparnya, lapor akhbar itu lagi.
Sebuah lagi akhbar berasingan, mendakwa Obuchi juga membelanjakan 26 juta yen untuk membeli tiket teater buat penyokongnya.
Peraturan pembiayaan untuk tujuan politik di Jepun tidak secara terang-terangan melarang perbelanjaan berbentuk demikian. Ia sering diinterpretasikan sebagai usaha untuk menggerakkan pejabat ahli politik dan promosi buat calon.
Obuchi ketika mempertahankan dirinya dari dakwaan itu pada Khamis memaklumkan parlimen negara itu bahawa dia tidak terbabit dalam perbelanjaan seumpamanya seperti yang didakwa.
Dia yang berusia 40 tahun adalah salah seorang dari lima anggota kabinet wanita yang dilantik dalam rombakan baru-baru ini.
Ia sebahagian kempen Abe untuk melihat lebih ramai golongan wanita terlibat dalam pembuat keputusan.
Topic Berkaitan
#Jepun
#politik
#Shinzo Abe
#Yuko Obuchi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan