awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir bantah keputusan penarikan bantuan ke Palestin

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2024
01:00 MYT
Mesir bantah keputusan penarikan bantuan ke Palestin
Sameh juga memepersoalkan tindakan negara-negara yang memutuskan pembiayaan kepada mangsa-mangsa krisis kemanusian di Palestin. - Foto REUTERS
KAHERAH: Menteri Luar Mesir pada Ahad akui terkejut dan membantah keputusan beberapa negara untuk membatalkan pembiayaan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA).
Sameh Shoukry berkata, berikutan daripada tindakan itu, ia akan membawa kepada lebih banyak penderitaan bagi rakyat Palestin yang memerlukan bantuan mendesak.
Beliau juga memepersoalkan tindakan negara-negara yang memutuskan pembiayaan kepada mangsa-mangsa krisis kemanusian di Palestin.
"Adakah hukuman kolektif akan dilaksanakan terhadap pekerja UNRWA di Gaza dan atas keupayaan mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka?
"Dan adakah hukuman kolektif ini akan mengehadkan keupayaan UNRWA untuk beroperasi dan menyediakan perkhidmatan asas, bantuan kemanusiaan, dan adakah hukuman kolektif ini akan sampai kepada orang awam di Gaza? Ini adalah soalan yang perlu kami beri perhatian," katanya.
Sekurang-kurangnya sembilan negara, termasuk Amerika Syarikat dan Jerman, telah menghentikan pembiayaan untuk UNRWA berikutan dakwaan Israel bahawa terdapat kakitangannya terlibat dengan konflik di Gaza.
Topic Berkaitan
#UNRWA
#Palestin
#Israel
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan