awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2025
00:40 MYT
Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Pembinaan semula Gaza adalah langkah pertama ke arah penyelesaian konflik menerusi penyelesaian dua negara. - Foto fail/AP
KAHERAH: Mesir mendedahkan ia mempunyai visi untuk pembinaan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin dari wilayah mereka.
Menurut menteri luarnya, Badr Abdelatty, Kaherah mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.
Kenyataan Abdelatty itu merupakan reaksi tidak langsung terhadap cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bahawa Mesir dan Jordan sepatutnya menempatkan rakyat Palestin dari Gaza untuk "membersihkan keseluruhan kawasan tersebut".
"Kami mempunyai visi yang jelas mengenai pembinaan semula (Semenanjung Gaza) tanpa menyebabkan pengusiran mana-mana rakyat dari tanah mereka.
"Kami mempunyai visi yang jelas dalam hal ini," katanya.
Beliau berkata demikian di Kaherah dalam taklimat bersama rakan sejawatnya dari Djibouti, Mahmoud Ali Youssouf pada Ahad, sambil mengalu-alukan kehadiran Menteri Luar Sudan, Ali Youssef Ahmed, dan penyelaras kemanusiaan dan pembinaan semula kanan PBB untuk Gaza, Sigrid Kaag.
Menurut Abdelatty, Mesir menawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan pembinaan semula, sambil menambah bahawa pembinaan semula Gaza adalah langkah pertama ke arah penyelesaian konflik menerusi penyelesaian dua negara.
Topic Berkaitan
#Gaza
#pembinaan semula
#pengusiran rakyat
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan