awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF bermula di Washington

Bernama
Bernama
21/10/2024
12:22 MYT
Mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF bermula di Washington
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia akan memulakan mesyuarat tahunan mereka pada Isnin di ibu negara Amerika Syarikat, Washington. - Gambar fail/World Bank
WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia akan memulakan mesyuarat tahunan mereka pada Isnin di ibu negara Amerika Syarikat, Washington.
Mesyuarat itu menghimpunkan menteri kewangan, wakil sektor kewangan dan kerjasama pembangunan, serta bank pusat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Perbincangan yang dijadualkan berlangsung sehingga Ahad dijangka menumpukan isu seperti krisis hutang yang semakin ketara di negara berpendapatan rendah, perubahan iklim, dan pengurangan kemiskinan.
Sebagai sebahagian daripada mesyuarat itu, IMF turut merancang untuk membentangkan ramalan baharu mengenai pertumbuhan ekonomi global pada Selasa.
Ketua IMF Kristalina Georgieva berkata minggu lalu bahawa prospek ekonomi dunia dalam jangka masa sederhana adalah "kurang memberangsangkan - tidak banyak merosot berbanding sebelum pandemik, tetapi masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Peserta dari Jerman yang akan menyertai mesyuarat ialah Menteri Kewangan Christian Lindner dan Presiden Bundesbank Joachim Nagel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesyuarat tahunan IMF
#perubahan iklim
#pertumbuhan ekonomi
#krisis hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan