awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat WHO: Reformasi peraturan kecemasan kesihatan global

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2022
22:30 MYT
Mesyuarat WHO: Reformasi peraturan kecemasan kesihatan global
Perubahan yang diperjuangkan oleh Washington menandakan langkah pertama dalam pembaharuan IHR yang lebih luas. - Foto fail/REUTERS
GENEVA: Negara-negara di seluruh dunia bersetuju menggunakan pembaharuan yang diusulkan Amerika Syarikat bagi peraturan wabak penyakit yang dikenali sebagai Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR).
Pindaan itu diterima pakai pada perhimpunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada Ahad.
Ia telah dipersetujui pada mesyuarat yang dilihat sebagai peluang bagi agensi kesihatan PBB untuk mengukuhkan peranannya selepas kira-kira 15 juta kematian semasa wabak COVID-19.
Kejayaan pindaan kepada Artikel 59 IHR akan mempercepatkan pelaksanaan reformasi.
Perubahan yang diperjuangkan oleh Washington menandakan langkah pertama dalam pembaharuan IHR yang lebih luas.
Ia menetapkan kewajipan undang-undang negara mengenai wabak penyakit.
Duta Amerika Syarikat ke PBB di Geneva, Sheba Crocker memuji ia sebagai "pencapaian penting".
Katanya pindaan awal itu dan perjanjian akan menubuhkan kumpulan kerja bagi mempertimbangkan pindaan substantif yang disasarkan.
IHR yang dikemas kini dan dimodenkan akan membantu semua negara dan akan memastikan mempunyai maklumat, sumber, kapasiti dan ketelusan yang diperlukan untuk menangani krisis kesihatan global masa depan.
Topic Berkaitan
#WHO
#peraturan wabak penyakit
#COVID-19
#reformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan