KECERDASAN buatan (AI) bukan sahaja telah dicapai tetapi digunakan secara meluas di dunia sejak dua setahun kebelakangan ini.

Samsung pula baru sahaja melancarkan telefon pintar AI pertama dengan ciri yang dahulunya dianggap sains fiksyen.

Oleh kerana AI sudah dianggap biasa, cabaran seterusnya ialah membangunkan kecerdasan buatan am (AGI) dengan kemampuan melangkaui manusia.

Mark Zuckerberg telah mengumumkan menerusi video di Threads bahawa Meta ingin membina AGI yang menggunakan sumber terbuka bagi memberikan kebaikan kepada semua.

Ini menurut Zuckerberg adalah kerana, produk yang ingin dibangunkan Meta di masa hadapan memerlukan kemampuan AGI yang baik.

Ia perlu mempunyai keupayaan memahami, berfikir dan menerima arahan dari pengguna pada tahap lebih tinggi berbanding yang wujud sekarang.

Langkah pertama untuk menghasilkan AGI ialah menggiatkan kerjasama antara pasukan Fundamental AI Research (FAIR) dan pasukan yang sedang membangunkan AI generatif di Meta.

Turut diumumkan ialah model Llama 3 sedang dilatih di Meta.

Menjelang penghujung 2024, Meta akan mempunyai sekitar 350,000 cip NVIDIA H100 yang kini menjadi buruan pembangun AI seluruh dunia.

Secara keseluruhan Meta kelak akan mempunyai kemampuan pemprosesan bersamaan dengan 600,000 H100 jika kesemua kemampuan perkomputeran mereka digabungkan.

Zuckerberg masih percaya terdapat masa depan untuk metamesta jika dibangunkan dengan AI.

Beliau turut merasakan penggunaan cermin mata pintar akan meningkat dengan bantuan AI.

Sebarang persoalan boleh ditanya terus kepada cermin mata seperti Ray-Ban X Meta yang boleh memahami apa yang dilihat menerusi kamera.

Kelas pertama AGI iaitu emerging sudahpun dicapai menerusi ChatGPT dan Bard tahu lalu.

Tahap AGI yang lebih tinggi iaitu competent (kompeten), expert (pakar), virtuoso (virtuoso) dan superhuman (adimanusia) menjadi sasarannya dalam masa beberapa tahun daripada sekarang.

SUMBER @Zuck