awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat

Sinar Harian
Sinar Harian
27/04/2024
13:13 MYT
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu. - Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height di sini pada Sabtu.
Difahamkan kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu berlaku ketika mangsa tinggal bersama dua lagi adik beradiknya manakala ibu bapanya pergi bekerja.
Menurut sumber, mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang menjenguk ke luar tingkap bilik belakang rumahnya.
Seorang penduduk Nur Syafiqah Zuriha, 22, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi bising di belakang rumahnya.
"Kami pun kemudian meninjau apa berlaku kerana pada awalnya menyangka ada berlaku pergaduhan antara kanak-kanak.
"Rupa-rupanya ada budak jatuh dari tingkat tiga dan ketika saya sampai, tengok budak itu menangis kesakitan dan ada kesan darah di lantai, " katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Menurutnya, dia tidak pasti bagaimana kejadian itu berlaku dan kes seumpama itu pertama kali berlaku sejak 10 tahun keluarganya menetap di situ.
Ujarnya, dia tidak mengenali ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana mereka dipercayai baharu berpindah di situ tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
"Polis juga akan mengambil keterangan daripada ibu bapa mangsa dan saya nak nasihatkan ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak-anak yang masih kecil sendirian di rumah walaupun dalam tempoh sekejap.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak," katanya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#budak jatuh bangunan
#Seremban
#kanak-kanak jatuh flat
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan