awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas jurutera Samsung didakwa bocor rahsia pembuatan cip DRAM 10nm kepada syarikat China
Lembaran 2026: PM Anwar seru rakyat satukan langkah, tekad jayakan Malaysia MADANI
Malaysia catat inflasi keseluruhan 1.4 peratus, teras 2.2 peratus pada November - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta lancar perkhidmatan berbayar untuk Facebook, Instagram

Bernama
Bernama
18/03/2023
02:30 MYT
Meta lancar perkhidmatan berbayar untuk Facebook, Instagram
Pengguna tidak dibenarkan menggunakan satu langganan Meta Verified bagi kedua-dua akaun Instagram dan Facebook dan perlu melanggan setiap aplikasi secara individu. - REUTERS
WASHINGTON: Meta hari ini mengumumkan bahawa ia melancarkan perkhidmatan pengesahan berbayar untuk Instagram dan Facebook, dengan bayaran bulanan.
Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg berkata pengguna perlu membayar US$11.99 (RM54) sebulan jika menggunakan aplikasi laman sesawang dan US$14.99 (RM67.5) sebulan di telefon bimbit untuk tanda semak biru.
"Meta Verified sedang dilancarkan di AS hari ini.
"Anda boleh mendapatkan lencana, perlindungan penyamaran proaktif dan akses terus kepada sokongan pelanggan," lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan Zuckerberg menerusi Saluran Meta di Instagram.
Menurut maklumat dalam talian, pengguna tidak dibenarkan menggunakan satu langganan Meta Verified bagi kedua-dua akaun Instagram dan Facebook dan perlu melanggan setiap aplikasi secara individu.
Perkhidmatan langganan itu pertama kali dilancarkan di Australia dan New Zealand bulan lepas dan memerlukan kad pengenalan untuk mengesahkan identiti.
BACA: Meta lancar perkhidmatan langganan untuk Facebook, Instagram
BACA: Meta Platforms bakal tamatkan akses berita Kanada
Pengguna juga tidak dibenarkan menukar nama profil, nama pengguna, foto dan lain-lain melainkan mereka memfailkan semula proses pengesahan.
Pengguna juga perlu berumur 18 tahun untuk layak bagi perkhidmatan pengesahan.
Bagaimanapun, pengguna Facebook dan Instagram yang sudah disahkan tidak perlu membayar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Meta
#perkhidmatan berbayar
#Facebook
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan