Skip to main content

Dunia

Mette-Marit dinamakan Permaisuri Norway, Haakon naik takhta sebagai Raja

Mette-Marit
Keputusan sama ada Mette-Marit (kiri) akan menjadi permaisuri terletak pada Raja Haakon yang baharu. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

OSLO: Mette-Marit menjadi permaisuri baharu Norway selepas suaminya, Haakon menaiki takhta, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik senarai yang diterbitkan Istana Diraja Norway pada Jumaat.

Anak sulung pasangan itu, Ingrid Alexandra, 22, kini bergelar Puteri Mahkota dan sekali gus berada di tempat pertama dalam susur galur pewarisan takhta.

Haakon secara automatik mewarisi takhta selepas kemangkatan bapanya, Raja Harald V, pada pagi Jumaat. 

Beliau secara rasmi akan dikenali sebagai Raja Haakon VIII.

Bagaimanapun, keputusan sama ada Mette-Marit, 53, yang sebelum ini bergelar Puteri Mahkota, akan menjadi permaisuri terletak pada Raja Haakon yang baharu.

Mette-Marit menjadi perhatian susulan hubungan persahabatannya yang rapat dengan pesalah seks Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan, Jeffrey Epstein, selain kes jenayah yang melibatkan anak sulungnya daripada hubungan terdahulu, Marius Borg Hoiby.

Hoiby dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada Jun mengikut undang-undang Norway, antara lain atas dua pertuduhan rogol. Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad.

Mette-Marit juga berdepan masalah kesihatan. Beliau menghidap fibrosis pulmonari kronik dan menjalani pembedahan pemindahan paru-paru pada Jun.

-- BERNAMA-DPA

 

 

Must Watch Video

Advertisement