Skip to main content

Dunia

AS, Mexico, Kanada umum langkah tangani risiko Ebola menjelang Piala Dunia

FILE PHOTO: The New York/New Jersey's FIFA World Cup 2026 logo is revealed during the kickoff event in Times Square in New York City, U.S., May 18, 2023. REUTERS/Brendan McDermid/File Photo
Menurut tiga negara Amerika Utara itu, langkah berkenaan turut direka untuk mengekalkan perjalanan dan perdagangan merentasi sempadan mereka. - Gambar/ Reuters

OTTAWA: Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada pada Khamis mengumumkan langkah perjalanan kesihatan awam sejajar untuk individu yang tiba dari kawasan Afrika dengan risiko tertinggi virus Ebola, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan Hal Ehwal Global Kanada, pendekatan diselaraskan itu bertujuan melindungi rakyat serta jutaan pengunjung, peminat, atlet dan pelancong yang dijangka tiba untuk Piala Dunia FIFA 2026 akan datang.

Menurut tiga negara Amerika Utara itu, langkah berkenaan turut direka untuk mengekalkan perjalanan dan perdagangan merentasi sempadan mereka.

"Kesihatan dan keselamatan setiap individu di rantau ini tetap menjadi keutamaan kami sambil kami mengalu-alukan dunia ke Amerika Utara," menurut kenyataan tiga hala itu.

Kanada melarang penduduk dari Republik Demokratik Congo, Uganda dan Sudan Selatan memasuki negara itu selama 90 hari, langkah yang bermula pada Rabu, meminta ketibaan dari negara-negara ini untuk mematuhi kuarantin selama 21 hari.

Piala Dunia FIFA akan dianjurkan bersama oleh AS, Mexico dan Kanada mulai 11 Jun. 

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement