awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mexico: Wartawan mati ditembak di tempat letak kereta di Acapulco

Bernama
Bernama
16/07/2023
11:12 MYT
Mexico: Wartawan mati ditembak di tempat letak kereta di Acapulco
Seorang lagi wartawan menjadi korban di Mexico, kali ini pengarah berita dalam talian ditembak mati di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Acapulco, lapor media tempatan pada Sabtu. - Foto REUTERS
RIO DE JANEIRO: Seorang lagi wartawan menjadi korban di Mexico, kali ini pengarah berita dalam talian ditembak mati di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Acapulco, lapor media tempatan pada Sabtu.
Nelson Matus Pena, pengarah Lo Real de Guerrero, ditembak di bahagian kepala, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan akhbar El Sol de Acapulco.
Laman sesawang berkenaan melaporkan mengenai keganasan dan jenayah di pusat peranginan pantai yang terkenal sejak sekian lama. Menurut akhbar El Universal, laman sesawang Matus adalah yang paling banyak dibaca dalam Guerrero.
Pejabat pendakwa negeri berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit.
Pada 8 Julai, seorang wartawan ditemukan maut di barat Mexico.
Pertubuhan wartawan antarabangsa Reporters Without Borders (RSF) meletakkan Mexico antara negara paling berbahaya di dunia untuk pengamal media.
Mexico berada di tempat ke-128 daripada 180 dalam kedudukan kebebasan media.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wartawan
#Acapulco
#ditembak
#Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan