awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi angkasa pertama India bagi kaji matahari sampai ke destinasi

Bernama
Bernama
07/01/2024
02:45 MYT
Misi angkasa pertama India bagi kaji matahari sampai ke destinasi
Misi angkasa lepas pertama India untuk mengkaji matahari, Aditya-L1, telah sampai ke destinasinya dalam jangka masa empat bulan yang dijangkakan, kata Perdana Menteri Narendra Modi.
NEW DELHI: Misi angkasa lepas pertama India untuk mengkaji matahari telah sampai ke destinasinya, lapor Agensi Anadolu.
Perdana Menteri Narendra Modi berkata, negara itu mencipta "satu lagi kejayaan," ketika balai cerap solar pertama India Aditya-L1 sampai ke destinasinya.
"Ia adalah bukti dedikasi tanpa henti para saintis kami dalam merealisasikan misi angkasa yang paling kompleks dan rumit.
"Saya dan seluruh negara memuji pencapaian luar biasa ini.
"Kami akan terus mengejar sempadan baharu sains untuk manfaat manusia," menurut Modi menerusi hantaran di platform X.
Misi itu ialah balai cerap angkasa India pertama yang mengkaji matahari dari orbit halo mengelilingi titik Lagrangian (L1) yang terletak kira-kira 1.5 juta kilometer ((930,000 batu) dari Bumi, menurut Organisasi Penyelidikan Angkasa India.
Kapal angkasa Aditya-L1 dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota selatan India pada 2 Sept dan menjalani fasa pelayaran selama kira-kira 110 hari sebelum mencapai kedudukan yang disasarkan pada 6 Jan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Misi angkasa lepas
#kaji matahari
#Aditya-L1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan